GAYA DAN FORMAT MANUSKRIP BAGI PENERBITAN 

KANDUNGAN MANUSKRIP

No

Bahagian

Penerangan

1

*Tajuk / Title

Tajuk sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif dan menyatakan masalah yang ditangani serta idea inovasi dan kreativiti dengan jelas. (tidak lebih daripada 10 patah perkataan)

2

Senarai Nama Penulis

Nama penuh dan afiliasi semua penulis manuskrip hendaklah dinyatakan pada bahagian atas pertama manuskrip.   

3

*Abstrak / Abstract

Setiap manuskrip harus mempunyai abstrak, dalam lingkungan 150 hingga 250 perkataan yang memberikan gambaran keseluruhan berkenaan projek inovasi yang ingin diterbitkan.

4

*Kata kunci / Keywords

Setiap manuskrip mesti disertakan dengan 3-5 kata kunci. Kata kunci hendaklah merujuk kepada projek inovasi yang dihasilkan.

 

 

Bahagian bertanda (*) perlu juga ditulis dalam Bahasa Inggeris

5

 

 

 

 

 

 

 

 

Isi Kandungan

 

 

 

 

 

 

 

 

Secara amnya, pembahagian isi kandungan manuskrip merangkumi:

i)              Pengenalan – merujuk kepada masalah atau cadangan penambahbaikan

ii)             Penyelesaian Kreatif dan Inovatif Akhir (Metodologi),

iii)            Keberhasilan Projek (Outcome/Impak Projek seperti impak penjimatan masa, kos dan lain-lain),

iv)           Rumusan,

v)            Penghargaan,

vi)           Pra-Syarat: Senarai pertandingan inovasi yang disertai dan

vii)          Rujukan

6

 

 

 

Ilustrasi

 

 

 

Semua ilustrasi termasuk rajah, carta dan graf mesti dilabel dan disediakan dalam halaman yang berasingan daripada teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang dikehendaki dalam teks hendaklah ditanda dengan jelas. Semua ilustrasi ini harus dirujuk dan dinomborkan secara berurutan sebagai rajah. 

Semua ilustrasi hendaklah dilukis dengan jelas. Imej adalah dalam bentuk hitam putih atau warna dan disediakan dalam bentuk imej digital dan camera-ready (tidak kurang daripada 300dpi)

7.

 

 

 

 

 

Rajah dan Jadual

 

 

 

 

 

Rajah:

1) Rajah di susun mengikut turutan.
2) Nombor rajah dinyatakan dalam perenggan sebelum rajah diletakkan.
3) Tajuk rajah diletakkan di bawah rajah.

Jadual:
1) Rajah disusun mengikut turutan.
2) Nombor rajah dinyatakan dalam perenggan sebelum rajah diletakkan.
3) Tajuk jadual diletakkan di atas jadual.

8

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan format APA (American Psychological Association). Gaya rujukan yang digunakan haruslah konsisten di semua bahagian manuskrip.

 Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah dimasukkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. 

Kesemua rujukan yang dipetik dalam teks haruslah muncul dalam senarai rujukan.

 Para penulis bertanggungjawab memastikan ketepatan dan kesempurnaan maklumat dalam senarai rujukan. 

Contoh rujukan pada senarai rujukan: 

Antoniou, E., Buitrago, C. F., Tsianou, M., & Alexandridis, P. (2010). Solvent effects on polysaccharide conformation. Carbohydrate Polymers, 79, 380-390. 

Bosaeus, I. (2004). Fibre effects on intestinal functions (diarrhea, constipation and irritable bowel syndrome). Clinical Nutrition, 1 (suppl), 33-38. 

Gomez-Ordonez, E., & Ruperez, P. (2011). FTIR-ATR spectroscopy as a tool for polysaccharide identification in edible brown and red sea weeds. Food Hydrocolloids, 25, 1514-1520. 

Zhao, J., & Cheung, P. C. K. (2011). Fermentation of B-glucans derived from different sources by bifidobacteria: evaluation of their bifidogenic effect. Journal of Agricultural and Food Chemistry, 59, 5986-5992