ETIKA PENERBITAN

 

ETIKA PENERBITAN

Etika penerbitan ilmiah JURIM adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh “Committee on Publication Ethics” (COPE) dan ia merujuk kepada semua pihak yang terlibat dalam proses penerbitan jurnal iaitu sidang editor, panel pewasit, urusetia dan penulis. Ia mencakupi beberapa perkara seperti: (i) bersifat neutral iaitu tidak mempunyai kepentingan terhadap pengurusan penerbitan, (ii) adil, iaitu memberikan hak penerbitan kepada yang berhak selaku penulis, dan (iii) jujur, iaitu bebas daripada sebarang bentuk plagiat.
 

Tugas dan Tanggung Jawab Eksekutif Editor

  1. Menentukan nama jurnal, skop jurnal serta kekerapan penerbitan.
  2. Membuat permohonan kepada Thomas Reuters, Elsevier dan ASEAN Citation Index untuk diindeks dalam WoS, Scopus dan ACI apabila diperlukan.
  3. Menjaga amanah berkaitan hal-hal sulit penerbitan jurnal.
  4. Menentukan keanggotaan selaku editor dan panel pewasit jurnal.
  5. Menetapkan garis panduan bagi editor dan panel pewasit.
  6. Menerbitkan jurnal secara teratur mengikut kekerapan yang dipersetujui.
  7. Memastikan dana yang mencukupi bagi tujuan penerbitan jurnal secara konsisten.
  8. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai sektor awam dan swasta bagi memastikan skop dan capaian sumbangan manuskrip yang meluas.
  9. Menguruskan hal-hal berkaitan perundangan.

 

Tugas dan Tanggung Jawab Editor

  1. Secara amnya:
    • Mencari mekanisme bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan manuskrip dalam JURIM
    • Menyebarluas kewujudan JURIM
    • Memastikan format dan gaya penulisan manuskrip yang konsisten, walaupun isi kandungannya adalah tertakluk di bawah tanggungjawab penulis.
    • Meminta pendapat penulis, pembaca, panel pewasit dan sidang editor yang lain bagi meningkatkan kualiti penerbitan JURIM
    • Melakukan audit secara berkala bagi memantau kualiti penerbitan JURIM
    • Berfikiran terbuka terhadap pendapat baharu atau pandangan orang lain yang mungkin bertentangan dengan pendapat peribadi demi kemajuan ilmu pengetahuan
  1. Keputusan Penerbitan:
    • Bertanggungjawab memutuskan penerbitan manuskrip yang telah diajukan
    • Editor bertangungjawab meneliti dan membaca manuskrip yang telah disemak oleh panel pewasit sebagai sebahagian daripada proses validasi sebelum manuskrip diterbitkan dalam JURIM
    • Editor boleh berhubung dengan sidang editor yang lain dan juga panel pewasit dalam membuat keputusan sekiranya terdapat isu pencemaran nama baik, pelanggaran hak cipta dan plagiat dikenalpasti dalam sesebuah manuskrip.
  2. Kejujuran:
    • Editor haruslah berlaku jujur sewaktu melakukan penilaian manuskrip sesuai dengan tahap intelektual manuskrip tanpa mempertikaikan bangsa, gender, pegangan agama, etnik, kewarganegaraan atau fahaman politik penulis.
  1. Kerahsiaan:
    • Sidang editor tidak boleh menyebarluas informasi mengenai manuskrip yang diajukan oleh orang lain selain pasukan penulis bersama yang berkaitan, eksekutif JURIM, panel pewasit, urusetia jurnal dan pihak penerbit.
  1. Conflict of Interest / Percanggahan kepentingan:
    • Bahan-bahan yang telah diajukan bagi tujuan penerbitan, tetapi tidak berjaya diterbitkan dalam JURIM tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi editor tanpa keizinan dan persetujuan bertulis dari penulis. Segala informasi atau ide istimewa yang diperolehi daripada proses perwasitan haruslah dijaga kerahsiaannya dan tidak digunakan untuk tujuan peribadi.
    • Editor harus mengundurkan diri daripada proses validasi manuskrip sekiranya memiliki percanggahan kepentingan dengan manuskrip yang dinilai samada disebabkan kolaborasi atau hubungan bersama salah seorang penulis, syarikat atau organisasi yang berkaitan dengan manuskrip yang ingin diterbitkan dalam JURIM.

Tugas dan Tanggung Jawab Panel Pewasit (Reviewer)

  1. Menilai manuskrip yang dimajukan bagi tujuan penerbitan dalam JURIM dan mencadangkan hasil nilaian kepada pihak urusetia bagi proses validasi dilakukan oleh editor.
  2. Panel pewasit tidak melakukan penilaian terhadap manuskrip yang ditulis oleh dirinya sendiri baik secara langsung ataupun tidak langsung
  3. Memberikan saranan penambahbaikan terhadap manuskrip yang dinilai
  4. Menjaga privasi penulis dengan tidak menyebarluaskan hasil nilaian, saranan penambahbaikan manuskrip yang dinilai
  5. Penilaian manuskrip perlu diselesaikan dalam tempoh dua (2) minggu setelah manuskrip diterima daripada pihak urusetia.

Tugas dan Tanggungjawab Penulis

  1. Bertanggungjawab memastikan kandungan manuskrip menepati format yang ditetapkan oleh JURIM
  2. Memastikan saranan penambahbaikan yang diberikan oleh panel pewasit dilakukan dalam tempoh dua (2) minggu setelah manuskrip diterima daripada pihak urusetia.
  3. Memaklukan secara bertulis kepada pihak urusetia sekiranya ingin menarik balik manuskrip yang dihantar bagi tujuan penerbitan dalam JURIM.
  4. Mengisi borang pernyataan (Borang Pernyataan Karya Asli) bahawa manuskrip yang dihantar bagi tujuan penerbitan dalam JURIM adalah karya asli yang belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar serentak untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan lain.